Saturday 28 January 2012

Bola Sabtu Preview

Salam 4 all...

Perlawanan tumpuan minggu ini :

Liverpool Vs Manchester United (Anfield,28 Januari 2012,8.40 Malam,Astro 812)

Perlawanan antara seteru utama Liga Perdana Inggeris ini menjadi tumpuan utama Kolum Bola Sabtu Preview buat edisi pertama.
Bagi penggemar Liga Perdana Inggeris(EPL),Perlawanan antara kelab utama England ini sering mendapat liputan luas media disebabkan persaingan sengit dua pasukan ini untuk merebut takhta pasukan terbaik England.
Apa yg menambah menarik tentang perlawanan ni berkenaan isu racist melibatkan penyerang Liverpool,Luis Suarez dan pertahanan Man Utd,Patrice Evra apabila Suarez telah dihukum gantung 8 perlawanan oleh FA England setelah didapati mengeluarkan kata-kata berupa perkauman kepada Evra.
Suarez(kiri) dan Evra 

Pengurus Manchester United,Sir Alex Ferguson menyatakan tidak akan meletakkan Evra dalam bangku simpanan biarpun pemain itu berkemungkinan mendapat layanan buruk di Anfield.Manakala Pengurus Liverpool,Kenny Dalglish pula mahu meneruskan rentak kemenangan selepas mara ke final piala carling menewaskan musuh setempat Man Utd,Man City dgn agregat 3 - 2 awal pagi khamis tempoh hari dengan berazam memulihkan keyakinan kem the KOP untuk mara ke Liga Juara-Juara Eropah(UCL)

Ramalan Keputusan : Liverpool 2 -1 Man Utd

*Confirm Evra dpt smbutan hangat di Anfield dlm perlawan piala FA Inggeris esok,pertemuan pertama kali selepas insiden itu...

.

No comments:

Post a Comment