Sunday, 29 January 2012

Ulasan Perlawanan Tumpuan Minggu Ini

Tahniah pada The Reds atas kejayaan menewaskan Man Utd di Anfield Semalam


Liverpool meneruskan kemaraan mereka dalam piala FA Inggeris selepas jaringan akhir pemain antarabangsa Belanda,Dirk Kuyt yang tampil sebagai pemain gantian dengan rembatan deras ke sisi gol David De Gea,penjaga gol ketiga termahal dunia dari sepanyol itu yang mana telah menukar nasib the Reds yang mungkin terpaksa menerima perlawanan ulangan jika keputusan masih seri 1-1.

(Gol kemenangan Liverpool oleh Dirk Kuyt)

Sebelum itu,Liverpool memperoleh jaringan pertama hasil jaringan pertahanan Denmark,Daniel Agger minit ke-21 dengan tandukan deras menewaskan pertahanan man utd dari sepakan sudut Steven Gerrard.David De Gea ternyata silap percaturan apabila dilihat sebagai punca utama man utd bolos pada minit awal perlawanan

Seperti mana yang dijangka,kapten Man Utd malam itu,Patrice Evra dilayan the Kop dengan cemuhan dan ejekan tiap kali beliau menyentuh bola sehingga tamat perlawanan.

Gol penyamaan Man Utd muncul hasil gerakan menarik melalui hantaran lintang Rafael Da Silva yang dihantar cantik untuk disempurnakan bintang korea,Park Ji Sung disebabkan kegagalan pertahanan liverpool Jose Enrique memintas hantaran cantik oleh pemain sayap man utd, Antonio Valencia kepada Rafael.

Perlawanan semalam yang mana dikuasai man utd dari awal perlawanan lebur hasil jaringan kuyt pada saat akhir perlawanan sehingga pengurus Man Utd,Sir Alex Ferguson tidak percaya bagaimana mereka kalah kerana berpendapat bahawa mereka berhak menang kerana menampilkan permainan menarik yang mana telah menenggelamkan aura Anfield malam itu setelah Park menjaringkan gol penyamaan.

Bagi pengurus Liverpool pula,Kenny Dalglish mengucap tahniah kepada peminat kerana sokongan mereka biarpun kelab mengalami masa sukar selepas kekalahan di bolton minggu lalu dan berpuas hati dengan keputusan perlawanan keranan menganggap pemilihan pemain semalam tepat.

Kesimpulannya:
#Ramalan ku benar belaka.

Sekitar Liga Utama Eropah : 

Sepanyol
Real Madrid meneruskan cengkaman di puncak liga selepas menewaskan Real Zaragoza 3-1 di Santiago Barnebeu hasil jaringan Kaka,Ozil dan Ronaldo.Barcelona pula terpaksa akur dengan keputusan seri 0-0 dengan pasukan di tangga 17 liga Villareal.Real meninggalkan Barcelona tujuh mata ditempat kedua.

Itali
Juventus meneruskan penguasaan liga dengan kemenangan 2-1 digelangang keramat mereka,Juventus Stadium,menewaskan pasukan di kedudukan ketiga liga itali,Udinese hasil dua jaringan Alesandro Matri yang menafikan gol penyamaan oleh pemain gantian Udinese,Floro Flores.Pesaing lain AC Milan,Inter Milan tidak beraksi semalam.Juventus yang masih tanpa kalah sepanjang musim,mendahului liga dengan kelebihan 4 mata mengatasi AC Milan ditangga kedua.

Credit to Website sumber bola utama.










.

Saturday, 28 January 2012

Bola Sabtu Preview

Salam 4 all...

Perlawanan tumpuan minggu ini :

Liverpool Vs Manchester United (Anfield,28 Januari 2012,8.40 Malam,Astro 812)

Perlawanan antara seteru utama Liga Perdana Inggeris ini menjadi tumpuan utama Kolum Bola Sabtu Preview buat edisi pertama.
Bagi penggemar Liga Perdana Inggeris(EPL),Perlawanan antara kelab utama England ini sering mendapat liputan luas media disebabkan persaingan sengit dua pasukan ini untuk merebut takhta pasukan terbaik England.
Apa yg menambah menarik tentang perlawanan ni berkenaan isu racist melibatkan penyerang Liverpool,Luis Suarez dan pertahanan Man Utd,Patrice Evra apabila Suarez telah dihukum gantung 8 perlawanan oleh FA England setelah didapati mengeluarkan kata-kata berupa perkauman kepada Evra.
Suarez(kiri) dan Evra 

Pengurus Manchester United,Sir Alex Ferguson menyatakan tidak akan meletakkan Evra dalam bangku simpanan biarpun pemain itu berkemungkinan mendapat layanan buruk di Anfield.Manakala Pengurus Liverpool,Kenny Dalglish pula mahu meneruskan rentak kemenangan selepas mara ke final piala carling menewaskan musuh setempat Man Utd,Man City dgn agregat 3 - 2 awal pagi khamis tempoh hari dengan berazam memulihkan keyakinan kem the KOP untuk mara ke Liga Juara-Juara Eropah(UCL)

Ramalan Keputusan : Liverpool 2 -1 Man Utd

*Confirm Evra dpt smbutan hangat di Anfield dlm perlawan piala FA Inggeris esok,pertemuan pertama kali selepas insiden itu...

.

Tuesday, 24 January 2012

Selamat Datang ke Dunia Blogging!



Salam 4 all...

Blogg ini bertujuan untuk meluahkan pendapat dan pandangan saya ttg apa pun yang bagi saya menarik untuk dikongsi tidak kisahlah kepada sukan,agama,isu semasa,tips,mahupun politik...

Salam Perkenalan....!